Thursday, March 29, 2012

Khasiat Daun Ketapang (Indian Almond Leaves)

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan agak kurang artikel seperti ini disajikan dalam Bahasa Melayu Malaysia. Sukar juga untuk merujuk dalam Bahasa Indonesia kerana meskipun antara kita dan mereka lebih kurang saja bunyinya tetapi ternyata berbeza.

Daun ketapang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Bagi pemilik ikan hiasan khususnya Ikan Laga (Pelaga, Karin, Betta), daun ini menjadi bahan utama yang melengkapkan sesebuah bekas atau akuarium.



Ketapang ialah sejenis pokok yang berasal dari Malaysia/Indonesia, daun-daunnya akan menjadi merah dan akan menjadi merah kehitaman setelah ia menjadi tua. Apabila ia berguguran jatuh ke tanah, jika terdapat air disekitarnya (seperti ai sungai), ia akan menjadi coklat kekuningan. Air tersebut akan mengandungi asid organik seperti Humic dan Tannin.

Antara khasiat air daun ketapang yang dipercayai sejak turun temurun ialah:

1. Dapat menurun sekaligus menstabilkan PH air. Namun ia tidak boleh digunakan secara berlebihan sehingga PH air menjadi tidak stabil kerana akan membahayakan nyawa ikan.

2. Menyerap bahan-bahan kimia berbahaya dan meneutralkannya seperti bahan-bahan dari logam berat (zing, aluminium, tembaga).

3. Membunuh bakteria.

4. Baik untuk mengoptimumkan kesihatan ikan peliharaan.

5. Mencantikkan sirip, ekor dan kulit ikan serta memberikan ikan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap.

Itulah dia serba sedikit info yang boleh saya beri setelah puas 'mengkaji' mengenai daun ketapang ini. Jika anda mahu menggunakannya untuk ikan anda, anda cuma perlu guntingkan sedikit dan letakkan dalam bekas tempat ikan anda berada. Jika bekas atau akuarium itu sedikit besar, maka sesuailah kiranya anda letakkan satu atau dua helai ke dalamnya. Harus diingatkan jangan gunakan secara berlebihan, dan kalau boleh bersihkanlah terlebih dahulu daun yang anda perolehi itu.

Saturday, March 17, 2012

Cara Membuat Tempat Penetasan Brine Shrimp

Berikut ini saya kongsikan sebuah video tutorial yang saya ikuti, untuk membuat sebuah tempat penetasan (Hatchery) Brine Shrimp (Artemia).



Mudah bukan?

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Botol air mineral 1 liter yang dipotong sedikit pada bahagian bawahnya untuk dijadikan tapak dan satu lagi dipotong lebih sedikit, lebih kurang 1/3 untuk dijadikan tempat penetasan:


2. Kemudian, siapkan air host, air pump, air stone, baking soda, table salt, Artemia Cysts (Telur Brine Shrimp yang boleh dibeli di kedai-kedai ikan hias), gunting, dan picagari.

3. Buat seperti mana yang anda lihat pada video di atas. Apabila telah selesai masa berlalu selama 24 hingga 36 jam, sila tutupkan air pump, keluarkan air host dan tunggu lebih kurang 10 minit.

4. Apabila air telah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian atas, kulit atau cangkerang telur yang terapung, bahagian tengah air yang 'clear', dan bahagian bawah pula Brine Shrimp yang terkumpul bersama-sama dengan telur yang tidak menetas mahupun cangkerang telur termendap, maka ia adalah masa yang terbaik untuk menuai Brine Shrimp anda.

5. Gunakan picagari (Boleh dibeli di farmasi) yang dimasukkan air host padanya, dan masukkan air host itu ke dasar botol lalu sedut. Jika anda sedut dengan baik, anda akan mendapat banyak Brine Shrimp!

Selamat mencuba!

Thursday, March 15, 2012

Apa Itu Brine Shrimp (Artemia)?

Seringkali saya sebutkan dalam post yang lepas akan makhluk yang satu ini iaitu Brine Shrimp atau bahasa saintifiknya Artemia. Ia mempunyai pelbagai spesis, antaranya seperti Artemia franciscana, Artemia salina, Artemia sinica dan lain-lain. Yang 'lain-lain' tu memang saya tak pernah dengar.

Brine Shrimp atau Artemia ini ialah sejenis hidupan air masin, dan sering ditemui di tasik-tasik dengan kadar kemasinan tinggi seperti di Great Salt Lake. Namun begitu ia tidak terdapat di laut mahupun pantai.


Kitaran hidup Brine Shrimp ini adalah lebih kurang satu tahun. Tetapi ia adalah makhluk yang unik. Ia digelar sebagai cryptobiosis, kerana mampu menghasilkan telur-telur yang 'tidak aktif' metabolikalnya, dan boleh kekal begitu sehingga bertahun-tahun tanpa berlaku penetasan jika ia dalam persekitaran kedap udara tanpa oksigen mahupun jika ia berada pada suhu sejuk beku (Ada yang pernah menetaskan telur Brine Shrimp yang berusia 30 tahun!).


Brine Shrimp yang biasa dijual di kedai sebenarnya mudah untuk ditetaskan. Pada entri akan datang, saya akan berkongsi cara membuat tempat penetasannya dan cara membuat tuaian dari hasil telur yang telah menetas itu.

Saturday, March 10, 2012

Spawn Log - 10 Mac 2012

Setakat hari ni, anak-anak ikan laga aku sudah tinggal 14, dari 20 kesemuanya. 6 daripada 20 ekor tersebut mati, aku kira akibat kelaparan, dan saiz badan kecil yang tidak mampu untuk mengejar Brine Shrimp (Mungkin).

Ini ialah gambar mereka. Aku sangat teruja bila setiap kali bangun dari tidur pada waktu pagi, merekalah yang aku lihat terlebih dahulu.



Amacam? Anda bila lagi nak mula?

Friday, March 9, 2012

Keluarga Baru Betta, dan JBL Artemio Mix

Salam. Aku kira, sekarang lebih kurang seminggu lebih usia anak-anak ikan laga aku (fries). Sekarang mereka dah semakin membesar. Pun begitu, masih ada yang berbadan 'halus'. Tak pasti mengapa. Tapi ada yang dah mati, mungkin kerana tak cukup makan.

Semuanya kerana Artemia Cysts di bawah ini:


Kalau anda nak beli makanan untuk fries, tidak digalakkan beli Azoo Artemia Cysts. Tak menetas langsung! Bila aku dah kaji sedikit demi sedikit, baru aku tahu salah aku rupanya. Aku guna garam masak untuk tetaskan Brine Shrimp, memang tak menetas la dia! Hahaha! Dalam 'perjalanan' aku nak cari makanan yang paling sesuai untuk anak-anak ikan aku, aku 'terbeli' si Boboy ini (Veiltail):


Kemudian, jalan punya jalan, semalam aku 'terbeli' pula si Jowey (Plakat):


Pusing-pusing sekitar Bangi, akhirnya aku terjumpa dengan satu kedai yang menjual JBL Artemio Mix. Satu jenama yang sememangnya dipercayai dari dulu lagi.


JBL Artemio Mix ialah telur-telur Artemia (Brine Shrimp) yang sudah sedia dicampurkan dengan garam istimewa, yang mana garam tersebut mempunya alga mikro, khas untuk menjadi makanan kepada Brine Shrimp yang baru menetas, dan garam itu juga mampu menstabilkan PH air. Bagus bukan? Harganya berapa? Harga asal adalah RM29. Ya. Memang mahal. Setelah tawar-menawar, dapatlah aku beli dengan harga RM27.

Aku galakkan, jika anda mempunyai ikan laga yang baru bertelur, cepat-cepatlah beli makanan untuk anaknya. Jika mahu yang mudah, belilah Microworms. Sedia untuk dimakan dari usia anak ikan itu berumur 4 hari (kata penjualnya la..).

Wednesday, March 7, 2012

Ikan Laga Juga Punya Perasaan?

Salam. Agak lama juga blog ini bersawang kerana tak di-update. Tapi sebenarnya aku lebih sukakan blog ikan laga ini berbanding blog IT aku yang telah setahun lebih aku usahakan.

Sebab? Sebabnya 'di sini' aku tak perlu terlalu 'formal' sangat. Santai dan bersahaja. Itu yang aku mahu. Cuma lepas ini, berbanding pos pertama, entri seterusnya aku nak tulis perkara yang lebih berilmiah.

Sebut pasal tajuk, aku teringatkan ikan laga betina aku dari jenis Wild Imbellis, yang baru je mati beberapa hari lepas. Apa yang aku terkilan sangat tu sebab aku dah bela dia dari kecil lagi.
Gambar Hiasan

Nasib aku baik kerana aku masih ada lebih dari 5 ekor lagi ikan laga betina dari 2-3 jenis. Sedihnya aku dah perasan yang ikan laga betina aku tu menunjukkan tanda-tanda sakit, tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat pada waktu tu. Ya lah, nak tukar air ke, nak letak ubat dalam air ke.

Yang aku perasan, ia mula 'sakit' setelah aku letakkan bekasnya dibelakang bekas-bekas/akuarium yang lain. Takut gelap? Sedih sebab 'dipinggirkan'? Aku tak tahu! Dia dah pun mati, malas nak ingat lagi.

Apa pun anak-anak ikan aku dah berumur lebih kurang dua minggu. 20 ekor semuanya yang menjadi. Apa-apa hal nanti aku update lebih banyak gambar! Sabar!

Thursday, March 1, 2012

Brine Shrimp (Artemia Cysts) Eggs Hatch and Hatchery

Salam. Tajuk memang aku selalu buat macam tu. Tajuk omputih, isi Melayu. Biar omputih yang sampai ke blog ni tercengang-cengang tak paham satu apa (Sampai ke?).

Baru malam semalam aku siap membuat sebuah tempat penetasan Brine Shrimp atau Brine Shrimp Hatchery (Cheap solution, home made).

Anak ikan yang semakin membesar

Ini ialah bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat Brine Shrimp Hatchery:

1. Dua biji botol air mineral besar (1.5 liter). Satu dipotong untuk dijadikan tapak, dan satu lagi dijadikan bekas penetasan seperti di bawah.


2. Baking soda, Artemia Mix, gunting, garam. Sebenarnya Artemia Mix itu sudah siap dicampurkan dengan garam. Cuma disebabkan air yang aku masukkan melebihi 500ml (mengikut sukatan bancuhan), maka aku siapkan garam 'spare'.


3. Artemia Cysts (Brine Shrimp Eggs). Ni pun aku buat sebagai 'spare' jugak.


5. Air pump, flexible air host, air controler.


6. The final product. Ada satu lagi air host yang menjadi air supply kepada Artemia.