Tuesday, November 3, 2015

[Tips] Cara Menghapuskan Siput Dalam Akuarium

Memang serabut tatkala dalam akuarium penuh dengan siput-siput terutamanya dari jenis Malaysian Trumpet Snail (MTS). Mereka ini amat cepat sekali membiak, bagaikan tiada sekatan mahupun pil perancang keluarga.


Terus-terang cakap saya tak suka dengan siput jenis ini. Tak tahu nak cakap kenapa. Jadi untuk anda yang mana akuarium anda mula dihuni dan dijajahi oleh makhluk ini, jom follow sedikit tips dari saya bagaimana caranya saya menghapuskan mereka ini.

1. Gunakan Pembunuh Upahan!

Ya! Gunakan pembunuh upahan a.k.a The Assassin Snail! Macam mana caranya? Senang saja. Beli dan terus letakkan ke dalam akuarium anda. Dengan perlahan-lahan ia akan mula mencari mangsanya iaitu MTS itu tadi dan terus memakan mereka seekor demi seekor. Menarik!


2. Gunakan Perangkap Siput!

Kalau sukar nak cari Assassin Snail, gunakan cara ini. Beli perangkap siput! Betul ni. Ianya amat mudah digunakan, cuma harganya mungkin sedikit mahal. Anda hanya perlu letakkan saja makanan sebagai umpan (dah disediakan sekali dalam paket), dan letakkan di atas dasar akuarium pada waktu malam. Tutup lampu, pergi tidur seperti biasa dan pada keesokkan harinya anda ambil perangkap itu tadi dan buangkan kesemua siput-siput! (atau boleh juga beri makan kepada Puffer Fish!).


3. Letakkan Cecair Snail Killer

Kalau anda dah malas nak fikir, pilihan ini mungkin paling menarik, tapi perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tiada ikan anda yang mati pula. Masukkan cecair 'Snail Killer' tersebut mengikut sukatan dan lihat satu demi satu siput itu 'tumbang'.

4. Ikan Puffer

Ikan Puffer ni comel, bergigi tajam, dan tahukah anda, ia makan siput? Ikan Puffer air tawar merupakan pilihan terbaik dek kerana ia akan makan setiap siput tanpa ragu. Apa yang menjadi masalah anda pula yang kena menjadi penternak siput selepas itu untuk memastikan kelangsungan hayat Ikan Puffer. Hehehe.


5. Sauk dan Buang

Ya, ini merupakan cara yang tak perlu keluar modal dan paling tradisional sekali. Sauk, buang, sauk, buang, hinggalah kesemua siput dapat dikeluarkan dan dihapuskan. Saya sendiri pernah lakukan cara ini dan ia mengambil masa lebih kurang 3 bulan barulah kesemua siput dapat dihapuskan seeara total. Kenapa lama? Sebab saya hanya sauk yang berani merayap di permukaan akuarium sahaj ketika waktu pagi. Mana-mana yang menyorok dalam batu-batu saya biarkan.

Huh, cara ini memang kena bersabar!

Apapun, saya berharap agar perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. InsyaAllah kalau ada benda lain yang lebih menarik saya akan kongsikan lagi di sini.