Saturday, March 17, 2012

Cara Membuat Tempat Penetasan Brine Shrimp

Berikut ini saya kongsikan sebuah video tutorial yang saya ikuti, untuk membuat sebuah tempat penetasan (Hatchery) Brine Shrimp (Artemia).



Mudah bukan?

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Botol air mineral 1 liter yang dipotong sedikit pada bahagian bawahnya untuk dijadikan tapak dan satu lagi dipotong lebih sedikit, lebih kurang 1/3 untuk dijadikan tempat penetasan:


2. Kemudian, siapkan air host, air pump, air stone, baking soda, table salt, Artemia Cysts (Telur Brine Shrimp yang boleh dibeli di kedai-kedai ikan hias), gunting, dan picagari.

3. Buat seperti mana yang anda lihat pada video di atas. Apabila telah selesai masa berlalu selama 24 hingga 36 jam, sila tutupkan air pump, keluarkan air host dan tunggu lebih kurang 10 minit.

4. Apabila air telah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian atas, kulit atau cangkerang telur yang terapung, bahagian tengah air yang 'clear', dan bahagian bawah pula Brine Shrimp yang terkumpul bersama-sama dengan telur yang tidak menetas mahupun cangkerang telur termendap, maka ia adalah masa yang terbaik untuk menuai Brine Shrimp anda.

5. Gunakan picagari (Boleh dibeli di farmasi) yang dimasukkan air host padanya, dan masukkan air host itu ke dasar botol lalu sedut. Jika anda sedut dengan baik, anda akan mendapat banyak Brine Shrimp!

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. berapa bnyak nk bg anak ikan ? setitik dua cukup x?

    ReplyDelete
  2. Setitik dua cukup dah tu..sebab setitik tu pun dah ada banyak..tapi bergantung la kepada berapa banyak anak ikan yang ada..contoh kalau ada beratus ekor, maka kena la letak banyak sikit..macam saya cuma ada 11 ekor je..jadi setitik dua tu cukup la untuk kenyang sehari..

    ReplyDelete
  3. kalau tak letak baking soda boleh tak....

    ReplyDelete
  4. kalau letak garam masak boleh tak...

    ReplyDelete
  5. brapa harga telur tu ye??mahal tak

    ReplyDelete