Friday, March 9, 2012

Keluarga Baru Betta, dan JBL Artemio Mix

Salam. Aku kira, sekarang lebih kurang seminggu lebih usia anak-anak ikan laga aku (fries). Sekarang mereka dah semakin membesar. Pun begitu, masih ada yang berbadan 'halus'. Tak pasti mengapa. Tapi ada yang dah mati, mungkin kerana tak cukup makan.

Semuanya kerana Artemia Cysts di bawah ini:


Kalau anda nak beli makanan untuk fries, tidak digalakkan beli Azoo Artemia Cysts. Tak menetas langsung! Bila aku dah kaji sedikit demi sedikit, baru aku tahu salah aku rupanya. Aku guna garam masak untuk tetaskan Brine Shrimp, memang tak menetas la dia! Hahaha! Dalam 'perjalanan' aku nak cari makanan yang paling sesuai untuk anak-anak ikan aku, aku 'terbeli' si Boboy ini (Veiltail):


Kemudian, jalan punya jalan, semalam aku 'terbeli' pula si Jowey (Plakat):


Pusing-pusing sekitar Bangi, akhirnya aku terjumpa dengan satu kedai yang menjual JBL Artemio Mix. Satu jenama yang sememangnya dipercayai dari dulu lagi.


JBL Artemio Mix ialah telur-telur Artemia (Brine Shrimp) yang sudah sedia dicampurkan dengan garam istimewa, yang mana garam tersebut mempunya alga mikro, khas untuk menjadi makanan kepada Brine Shrimp yang baru menetas, dan garam itu juga mampu menstabilkan PH air. Bagus bukan? Harganya berapa? Harga asal adalah RM29. Ya. Memang mahal. Setelah tawar-menawar, dapatlah aku beli dengan harga RM27.

Aku galakkan, jika anda mempunyai ikan laga yang baru bertelur, cepat-cepatlah beli makanan untuk anaknya. Jika mahu yang mudah, belilah Microworms. Sedia untuk dimakan dari usia anak ikan itu berumur 4 hari (kata penjualnya la..).

12 comments:

  1. baik punye info bos..trima ksih.Boboy the veitail tu brape hrge?cantik la..bli kat mne? (tanye mcm nk bli je ha ha...)

    ReplyDelete
  2. Aku beli Boboy tu dekat Serdang..harga dia RM3 sahaja..murah kan? hehehe..

    ReplyDelete
  3. Rm3? mcm xcaye je...mmg murah.

    ReplyDelete
  4. Bro boleh wa tanya. Tapi tiada kena mengena dengan Laga World. Mana nak dapatkan 'theme like website'. Macam lu punya ni.

    ReplyDelete
  5. Wa cari dekat besttheme.net bro..

    ReplyDelete
  6. thanx for info...
    baru jinak2 ngan halfmoon...
    biasa Microworms ada jual kt kdai ikan ke
    kna proses sendiri

    ReplyDelete
  7. kenapa korunk beli pelaga memahal. kat Banting, pelaga longtail, veitai3 n yg sama dngannya cume RM2 je.. halfmoon RM5. crowntail RM3. doubletail halfmoon RM5.. murah kan...

    ReplyDelete
  8. macam mana nk bgi telur tu menetas????please reply.....

    ReplyDelete
  9. Di banting harga dijual RM2-RM5 je?? Kat Pulau Pinang, seekor RM9-RM25..

    ReplyDelete
  10. Artemia ni tak yah letak garam ke bila nak menetaskan dia?

    ReplyDelete