Wednesday, September 2, 2015

Peralatan Asas Untuk Penjagaan Ikan Akuarium



Assalammualaikum... kali ni OMG! ikan? nak berkongsi peralatan dan ubatan  yang perlu korang ada sebelum memelihara ikan hiasan dalam akuarium.. Selain daripada akuarium, penapis, pam air, pam oksigen, lampu uv/biasa , batu, istana batu, makanan ikan dan lain-lain, 4 barang  diatas ni kira paling asas la perlu dibeli .. 4 ubat ni sangat penting untuk elakkan ikan korang pendek umurr... :v




1. Anti Klorin. 


      Air biru ni sebenarnya anti klorin dan bukannya air kordial ataupun air nila, ada pelbagai saiz yang dijual di kedai haiwan peliharaan, 250 ml / 1000 ml / 2200 ml(yang ni saya beli dengan harga rm 19.80). 
Yang paling murah berharga RM 1.00 sebotol(botol kecil), anti klorin ni ada dua jenis, satu yang berwarna jernih dan satu lagi yang berwarna biru. Tapi bagi saya warna biru ni lagi menaikkan warna air akuarium tu.
Korang mungkin ada yang sudah tahu kegunaan anti klorin ni, tetapi bagi yang belum tahu dan baru berjinak-jinak dalam memelihara ikan perhiasan perlu ambil tahu tentang kegunaan-kegunaan ubat ini. Anti klorin ni dikira WAJIB (kecuali la ikan korang boleh tolarate dengan klorin pekat dari paip air rumah korang) diletakkan semalaman sebelum korang letak ikan  perhiasan, 
kemasukkan anti klorin mampu meneutralkan air tersebut dengan menghilangkan klorin yang ada dalam air, menghapuskan logam berat, membantu ikan perhiasan korang memhasilkan lapisan perlindungan, membantu ikan korang biasakan diri dengan keadaan sekitar dan mengelakkan serangan white spot.
Klorin ni tak bagus untuk ikan hidup, klorin boleh menjadi racun kepada ikan korang.
Kuantiti dan sukatan yang sesuai untuk masukkan dalam aquarium ada diberi dekat label botol, biasanya kalau aquarium 4 kaki(220 liter air), guna 3-4 penutup besar ni dah cukup.. Tetapi kalau  botol kecil yang seringgit tu kena la letak 5 - 6 penutup.. Jangan terlalu banyak sangat.. Untuk letak air kali pertama memang kena letak  banyak sedikit.. bila korang tukar air, air dalam aquarium dah tinggal 1/4 jadi hanya letak sedikit sahaja sebab air tu sudah ada anti - klorin yang lama.

2. Garam Akuarium


Buat pengetahuan semua, walaupun namanya garam, kita tak boleh letakkan garam didapur kedalam aquarium kerana garam dapur (guna untuk memasak) tidak sama dengan garam yang dikhaskan untuk ikan.
Garam yang digunakan untuk memasak mengandungi bahan kimia tambahan yang mana baik untuk badan manusia dan BUKANNYA ikan perhiasan, sama juga dengan garam bukit. Unsur garam ikan perhiasan adalah garam NaCl. Kandungan nya adalah NaCl sahaja. Fungsi garam ikan ni adalah seperti ubat. Garam boleh membunuh bakteria dan parasit yang ada dalam aquarium. Biasanya setiap kali tukar air, kombinasi garam dan anti klorin sememangnya wajib dimasukkan. Kuantiti garam juga boleh diletakkan  sudu teh besar untuk aquarium 4 kaki(220 liter).. Tapi  jangan terletak berlebihan kerana boleh menyebabkan ikan mengalami dehidrasi dan sampai ajal.. 
Kadang-kadang kalau saya tak tukar air selama seminggu - 2 minggu sebab warna air masih jernih(kadang2 malas + penat), saya akan masukkan juga 7-8 sudu teh( untuk 220 liter air) garam ni untuk membunuh bakteria dan seolah-olah saya memberikan ubat kuat kepada ikan saya untuk terus hidup.
Harga berbeza mengikut kedai... :v

3. Ammonia Remover



Ubat ni digunakan jika korang guna akuarium 4 kaki dan bela lebih
dari 10 ekor ikan, tips nak tahu air akuarium anda patut ditukar atau tidak ialah dengan tengok kedudukan ikan anda. Jika ikan asyik berenang dibahagian atas sahaja itu menandakan air anda sudah kotor. Ini kerana bahagian dasar aquarium sudah dipenuhi dengan bahan toksid @ nitrit dan amonnia yang kita mungkin tidak nampak dengan padangan mata kasar.. kalau air kotor jugak ikan akan memberontak dan menjadi tertekan.. berkemungkinan ikan akan melompat keluar.. Ubat yang saya guna ni berharga rm 12.80 dan fungsi utama dia ialah:
a) mengurangkan kandungan amonnia secara cepat dan pantas
b) meningkatkan kandungan oksigen terlarut di dalam air akuarium (seperti tertulis di botol)
c) meningkatkan kualiti air akuarium (jangan korang letak kat tangki air utama korang dah la, mahal ni..)
Cara kegunaan dia ialah dengan mencampurkan 10 ml untuk setiap 100 liter air akuarium, jangan guna sekali pada masa yang sama dengan bahan2 berklorin ataupun alkali kuat.


4. White spot Remover


Penyakit ikan yang selalu dihidapi oleh ikan adalah Whitespot. Penyakit ni paling umum disebabkan oleh parasit lchthyophthirius muflilis. Penyakit whitespot ni bayak kali jugak serang ikan saya..Parasit ni bertindak dengan merosakkan sistem pernafasan ikan iaitu insang dan kulit..lama kelamaan ikan itu akan mati.
Kalau tengok betul-betul whitespot ni seakan-akan panau pada badan manusia. Ubat ini juga mampu memulihkan penyakit dari serangna ciliate dan epiphyte. Harga dia pun sama dengan ubat anti ammonia (rm 12.80)
Cara kegunaan dengan mencampurkan 10 ml ubat untuk setiap 100 liter air, tidak boleh digunakan bersama dengan alkali.
Ubat boleh digunakan selang dua hari sekiranya white spot masih kelihatan sehinggalah ikan tersebut benar2 pulih, korang juga boleh asingkan ikan yang telah diserang penyakit ke tangki asing bagi mengelakkan berjangkit ke ikan yang lain (tapi bagi saya.. biarlah sama2 susah sama2 senang)


1 comment:

  1. Garam ikan warna biru sama tak dengan garam ikan warna putih.harap dijawab.

    ReplyDelete