Sunday, February 26, 2012

Doubletail dan Halfmoon Female

'Ahli keluarga' ikan laga di rumah aku bertambah lagi apabila semalam aku pergi beli seekor ikan laga Doubletail dan dua ekor ikan laga Halfmoon betina! Maaflah tak dapat nak bagi tengok gambar yang lebih jelas. Tunggulah nanti aku dah tangkap satu Android, barulah korang dapat tengok gambar yang cun sikit.

Cuba tengok gambar-gambar di bawah ni:

Doubletail Female


Doubletail Female dan 3 Ekor Halfmoon Female

Suka betul aku! Tapi itulah dia MELAYU. Itu hari aku beli ikan laga betina ni, dia jual hanya RM4 je. Ni aku datang buat kali ke 3, bila time nak bayar, tiba-tiba dia cas seekor RM8! Aku buat muka kelat la.. Itu hari dah cas RM4, la ni bila dia dapat tahu ada orang jual seekor betina ni sampai RM20, dan permintaan ke atas ikan laga betina ni jadi hebat, dia naikkan harga! Tamak haloba!!

Ini antara sebab aku benci berurus niaga dengan orang MELAYU. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi inilah dia HAKIKAT yang TERANG JELAS lagi NYATA kekusutan hatinya. Berniaga dengan Cina, hari ni aku beli RM0.50, dua minggu lagi aku datang beli 4 ekor masih lagi Rm0.50! Murah dan puas hati! Ahhh.. Bilalah Melayu nak berubah.

9 comments:

  1. aku 3-4 kli bca entri ni ...smpai kat part ni"tiba-tiba dia cas seekor RM8! Aku buat muka kelat la.."klakor btul..aku bleh bayang mcm mna ko pnye muka kelat tu..ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. Itulah pasal bro..aku kecewa..aku tahu yang tempat dia aje ada supply macam2 jenis ikan laga..tapi jangan tekan pembeli macam tu..tamak sangat namanya tu..

    ReplyDelete
  3. Eh, murah la tu.Saya beli kat kg. bahru rm20.00 sekor.Halfmoon betina memang susah nak dapat.Saya nak pergi la kat downtown the mines.Saya ade dengar kawan2 cakap kat situ murah berbanding tempat lain.

    ReplyDelete
  4. Murah? Kalau RM4 boleh diterima dan masuk akal..tapi RM8 seekor, tak munasabah..kalau susah nak dapat sekalipun, tak perlu lah naikkan harga sampai sekali ganda. RM5 ok lah lagi. Kalau di kg. bahru RM20.00 seekor, kenapa perlu ikut harga orang lain kalau kita boleh tawarkan harga yang murah..

    ReplyDelete
  5. Aku baru aje beli minggu lepas di downtown the mines.Sekor halfmoon betina dijual dgn harga RM5 sekor.Aku dah beli 7 ekor ikan ngan brader tu.Die kate harga ikut pasaran pembekal.Klu pembekal naikkan harga, die terpaksa naikkan harga.Mungkin masa ko beli tu, memang stok tidak banyak dan harga pembekal naik. Tu sebab die naikkan sampai RM8. Tp, minggu lepas aku beli RM5 sekor.X percaya datang ke the mines.Bg aku harga brader tu jauh beza dgn harga kedai lain.Cuba survey kat kedai lain @ kat online, dpt x ngan harga tu?Ade yang jual sampai RM50 sekor pun ade.X percaya cuba survey kat jalan pasar sana.Ade x peniaga cina di sana jual dgn harga tu.Aku dah pernah survey kat sana.Tapi... klu org cina letak harga tinggi @ naikkan harga, org MELAYU terima aje....Tepuk dada tanye selera.........

    ReplyDelete
  6. Ya..aku da survey dalam Mudah..memang harga dia RM20 sekor..takpa..RM5 eh? hmmm..kena cepat-cepat biakkan ni..takut kat brader tu takde dah..

    ReplyDelete
  7. hello, saya baru je lagi....halfmoon betina saya baru je bertelur ngan jantan die, crowntail black gothic. huhuuu...saye duk Terengganu skang, betina singgit-2inggit je seko...huhu..jantan 4-5inggit

    ReplyDelete
  8. maaf kekawan... ikan laga ada byk gred.. kalau yg RM20 keatas biasanya show gred, RM10 kebawah adalah standart gred tp kalau yg RM0.50 tu biasanya ikan reject bro dn bukan HM.. yg tu Longtail A.K.A Veiltail..

    ReplyDelete
  9. saya dengar free ja....... dah kawan nak bagi

    ReplyDelete