Wednesday, September 9, 2015

Kenapa Membela Tiger Barb Itu Ohsem!

Tiger Barb bukanlah spesis ikan pertama yang pernah bertamu dalam akuarium 4 kaki aku tu. Sebelum ni daripada Arowana (jenis murah, Pearl), Ikan Toman Harimau, Toman Bunga, Bichir, African Cichlids, Guppy, dan entah beberapa lagi jenis ikan yang pernah aku bela.

Tapi Tiger Barb ni 'feel' dia lain. Tak sama macam ikan-ikan sebelum ni.

Waktu aku kecik dulu, ada satu kuil Hindu ni, dekat belakang rumah ia terletak. Kemudian betul-betul depan kuil tu ada satu kawasan paya. Dalam paya tu lah bertempatnya macam-macam jenis ikan, dan salah satu dari jenis ikan tu adalah Tiger Barb. Tapi Tiger Barb dalam tu lain sikit, sebab saiznya sedikit luar biasa besar.

Saiz yang biasa kita dapat lihat di LFS adalah lebih kurang 2cm. Tapi dalam paya ni aku anggarkan lebih kurang 7cm besarnya. Memang besar dan panjang, dan atas sebab tu aku jenuh berusaha mendapatkannya melalui hobi memancing. Pancing yang dibuat sendiri dari batang kayu dikutip tepi jalan, tali pancing beli di kedai Sing Fatt, dan mata kail, juga dibeli di kedai yang sama.

Tapi waktu tu apa yang buat aku sakit hati ialah Tiger Barb ni macam 'pandai'. Ia berjaya makan umpan yang diletakkan di mata kail tanpa 'usik' langsung mata kail tu. Dari dalam air dapat dilihat kepantasan masing-masing menyambar umpan kemudian turun ke bawah dasar paya, naik atas semula, makan lagi, turun lagi, dan ia berulang-ulang beberapa kali sampailah aku serta kawan waktu itu naik muak.

Itulah serba sedikit pengalaman waktu kecik dahulu. Memang best, memang layan. Tapi atas dasar kenangan yang sama, bila tengok Tiger Barb di LFS, buatkan hati melonjak nak cuba bela dalam akuarium, sebab tak pernah dapat merasa pun ketika kecik!


Jadi, apa yang menariknya tentang Tiger Barb ni?

Pertama, pada aku Tiger Barb ni sangat sesuailah dibela kalau kawasan rumah korang kualiti airnya agak teruk dan apabila diletakkan ubat sekalipun ikan-ikan yang cantik tetapi agak lemah macam Guppy tak dapat nak 'survive'. Aku dah tak larat nak beli Guppy, sebab asal beli je, tak sampai beberapa bulan mati semua. Bila beralih kepada Tiger Barb, alhamdulillah, syukur, mereka semua masih hidup dengan sihat dan masih terus membesar bagaikan juara Milo! Heheh!

Keduanya, Tiger Barb ni kuat makan. Pada aku, ikan yang kuat makan ni bukanlah sesuatu yang tidak baik melainkan ianya ikan Toman Harimau. Kenapa? Sebab kalau Toman Harimau, korang kena sediakan 'live food', contohnya bagi makan ikan 'guppy longkang', dan perkara ini sangat meletihkan serta banyak menghabiskan duit gaji kalau LFS yang jual guppy longkang tu terletak jauh dari rumah. Bila beri makan kepada Tiger Barb ni, tak kiralah ada 20 ekor sekalipun dalam tank, ia cuma makan pellet, jadi kerja feeding agak mudah.

Ketiga, ia adalah ikan dengan karakter ganas tetapi bersaiz kecil. Aku memang suka membela ikan dengan karakter 'ganas' atau 'buas' seperti Toman, cuma malangnya Toman boleh membesar melebihi 4 kaki. Bukan aku tak nak bela, cuma ruang yang agak terhad dalam rumah buat masa ini menyebabkan Toman bukan pilihan nombor satu. Bichir juga sama. Ia boleh membesar dan apabila ia besar, ia agak menakutkan. Tapi dengan Tiger Barb, korang boleh menikmati 'kebuasan' yang lebih kurang sama, cuma dalam skala yang jauh lebih kecil. Dari jauh bila lihat mereka makan, nampak macam ikan Piranha. Memang layan!

Keempat, Tiger Barb cepat kenal tuan. Dalam 2 hingga 3 hari bila ia cuba untuk 'settle down' dengan tank baru, ia memang masih tidak kenal lagi dengan orang yang memberinya makan. Tetapi masuk hari ke 4 dan ke 5, siaplah. Berdiri je dekat dengan tank, mereka akan datang dekat tepi sambil meminta makan.

Kelima, mereka ini nakal, dan telatah mereka menghiburkan. Mereka adalah dari jenis 'fin nippers' yang amat 'kurang ajar', serta tak lupa juga mereka ini gemar 'bermain kejar-kejar' sesama sendiri tak ubah seperti sarkas lagaknya. Memang havoc habis. Mereka juga boleh membesar hingga lebih kurang 7cm, jadi tank yang lebih besar adalah lebih baik untuk mereka.

Tiger Barb selalu dipandang remeh oleh sesetengah enthusiast hobi ikan akuarium kerana ia lebih sesuai dibela oleh pemula. Namun pada aku, ia bergantung kepada kepuasan diri sendiri akhirnya. Kerana tak guna beli ikan yang berharga mahal namun apa yang diinginkan bukan datang dari telatah ikan tersebut, tetapi dari pandangan mata manusia selain dari diri sendiri semata-mata.

Kalau nak beli dan bela, beli dan bela je. Tak perlu tanya pendapat orang lain. Hati yang perlu dipuaskan adalah hati sendiri. Tepuk dada tanya poket.

2 comments:

  1. Hi nak tanya saya ade bela ikan tiger barb 6 ekor tapi kalau diorang ni mcm mengeleser kat batu tu knp ehh??
    Dh google and mungkin kutu tapi takde pulak bintik putih
    kalau ade kutu pon ape solution dia eh??

    ReplyDelete
  2. Tiger barb ni Kalau dalam bahasa melayu dipanggil ikan apa yer??
    Kalau kat kawasan kau dipanggil ikan "pok bidang"

    ReplyDelete