Sunday, February 26, 2012

Pokok Kiambang, Artemia Cysts dan Anak-Anak Ikan Laga

Mula-mula fries (Babies) ikan laga aku menetas, kepala aku dah mula serabut sebab nak cari microworms untuk dorang ni makan memang susah. Dekat-dekat sini mana ada kedai yang jual benda alah tu. Aku dah jenuh pusing dengan bini aku.

Akhir sekali aku beli Artemia Cysts atau bahasa lainnya Brine Shrimp Eggs. Masalahnya, brine shrimp eggs ni nak kena tetaskan dia dulu. Nak buat hatchery untuk dia menetas tak lah susah sangat. Macam yang aku tengok dalam Youtube, simple je sebenarnya. Tapi kena keluar duit la jugak, beli water pump, botol, baking soda, garam. Ish..

Lepas tu waktu aku cari ikan laga betina Halfmoon dekat Downtown The Mines, brader yang jual tu cakap boleh cuba bagi anak-anak ikan tu makan akar pokok kiambang. Aku cakap dalam hati, logik ke der? Logik tak logik aku beli gak la pokok tu dengan harga 50 sen sepokok. Aku beli dua.


Aku tengok alhamdulillah, anak-anak ikan laga aku sihat-sihat belaka dan dah boleh berenang secara melintang. Tapi nak ambil gambar memang tak dapat la der.. Beliau semua tu masih halus mengalahkan mata jarum! Aku nak tengok pun berpinar biji mata, kelabu-kelabu jadinya.

Ni lah dia gambar Fluffy, baka terbaik abad ke 21, bapa kepada fries tu:

Doubletail dan Halfmoon Female

'Ahli keluarga' ikan laga di rumah aku bertambah lagi apabila semalam aku pergi beli seekor ikan laga Doubletail dan dua ekor ikan laga Halfmoon betina! Maaflah tak dapat nak bagi tengok gambar yang lebih jelas. Tunggulah nanti aku dah tangkap satu Android, barulah korang dapat tengok gambar yang cun sikit.

Cuba tengok gambar-gambar di bawah ni:

Doubletail Female


Doubletail Female dan 3 Ekor Halfmoon Female

Suka betul aku! Tapi itulah dia MELAYU. Itu hari aku beli ikan laga betina ni, dia jual hanya RM4 je. Ni aku datang buat kali ke 3, bila time nak bayar, tiba-tiba dia cas seekor RM8! Aku buat muka kelat la.. Itu hari dah cas RM4, la ni bila dia dapat tahu ada orang jual seekor betina ni sampai RM20, dan permintaan ke atas ikan laga betina ni jadi hebat, dia naikkan harga! Tamak haloba!!

Ini antara sebab aku benci berurus niaga dengan orang MELAYU. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi inilah dia HAKIKAT yang TERANG JELAS lagi NYATA kekusutan hatinya. Berniaga dengan Cina, hari ni aku beli RM0.50, dua minggu lagi aku datang beli 4 ekor masih lagi Rm0.50! Murah dan puas hati! Ahhh.. Bilalah Melayu nak berubah.

Saturday, February 25, 2012

Carlo Si Crowntail Yang Hensem

Aku tak tahulah kau orang minat dengan ikan laga ni macam mana, tapi minat aku memang dah cukup mendalam. Baby-baby ikan laga aku dah mula berenang secara melintang, jadi nak tak nak aku kena juga cari makanan untuk mereka. Pening kepada ke sana ke mari mencari Microworms, tak ketemu. Akhirnya aku beli Artemia Cysts a.k.a Brine Shrimp Eggs. Arghhh.. Satu kerja pulak nak kena buat hatchery dia. Tapi takpa. Ada satu lagi alternatif. Haha.. Itu aku tak boleh bagitau lagi. kalau dah menjadi baru aku bagitau haaa..

Ini bukan sebab aku tulis entri ni. Ni aku nak cerita pasal ahli keluarga baru ikan laga di rumah aku, iaitu Carlo, ikan laga dari jenis Crowntail berwarna merah. Nak tengok dia? Tengok gambar di bawah:








Haaa.. Macam mana? Hensem kan? Ni memang dah jadi ikan kesayangan aku sejak aku beli malam tadi. Comel habis!

Tuesday, February 21, 2012

Betta Breeding Plan Phase 2 : Success!!

Aku lelaki yang berpegang pada janji, dan seperti yang dijanjikan, aku update entri yang lepas dengan entri susulan, beserta gambar!

Yaaa.. Mana nak ku sangka, ikan lagaku yang aku cuba untuk 'kahwinkan', menjadi pula rupanya! Tak salah lagi.. Apa yang aku buat memang menjadi! Hahaha! Silalah dengki! (Gurau je..pantun tu..)

Haaa..tataplah puas-puas gambar kat bawah ni. Geram wei tengok telur-telur tu! Sehari dua lagi menetas la tu. Aku bersyukur dapat tengok proses dorang mating. Unik der, aku bertuah tuuu! Harapannya, biarlah banyak sikit anak-anak mereka yang survive. Terbaikkk woookkk..

Aku tutupkan mereka dengan kertas background aquarium

Kalau perasan, 'lembaga hitam' di tengah itulah Fluffy

Bluweey, sedang dalam proses pemulihan dari Fin Rot

Meraa, tidur dengan nyenyak sekali

Fluffy dan 'bininya', sedang sibuk menguruskan telur-telur mereka

Keluarga Betta yang bertambah, 4 ekor betina, seekor 'dikahwinkan' dengan Fluffy

Betta Breeding Plan Phase 1

Seperti mana yang disebutkan dalam tajuk, aku sedang mencuba untuk mengacukkan ikan laga Halfmoon jantanku dengan ikan laga betina dari jenis Veiltail. Ada juga rakan-rakan dari forum Bettas4All mengatakan ia dari jenis Plakat, ada pula dari forum Betta Society of Malaysia mengatakan ia dari jenis Traditional Plakat.

Apapun jenisnya, aku sudahpun memasukkan ia ke dalam akuarium Fluffy, dan semalam aku lihat Fluffy sedang galak membina sarang buih.

Aku akan update dengan gambarnya sekali. Buat masa ini belum boleh lagi kerana USB cable tertinggal kat rumah pula. Aihhh..

Tuesday, February 14, 2012

My 'Mini Farm'

Gambar di bawah ini aku paparkan beberapa screenshot dari akuarium-akuarium yang menempatkan ikan lagaku dari jenis Wild Imbellis (Kalau tak silap aku la), dan juga Halfmoon jantan serta betina. Gambar-gambar ini aku ambil dari kamera telefon bimbit dengan kualiti 1.3 Megapixel. Jangan ketawa! Belum cukup modal lagi nak tangkap Android satu! Adeh..

Memang blur habis. Apapun enjoy je la eh!

Terpaksa aku pisahkan pandangan mereka dengan kad manila




Monday, February 13, 2012

Koleksi Ikan Laga Halfmoon

Di bawah ini adalah beberapa ekor dari koleksi Ikan Laga yang berada di rumah aku:



Blog Ikan Laga Malaysia!

Assalamualaikum WBT. Tak banyak yang dapat aku katakan di sini melainkan rasa bersyukur kerana akhirnya aku dapat menyiapkan blog ini dan aku sangat berpuas hati.


Blog ini dibuat atas rasa minat yang mendalam terhadap Ikan Laga atau bahasa saintifiknya Betta Splendens. Aku amat mengharapkan teguran yang membina dari para sahabat yang mempunyai minat serupa.

Akhir kata, jika anda peminat Ikan Laga, jangan segan silu untuk meluahkan pendapat mahupun cadangan untuk memajukan blog ini.

Blog ini bukanlah dibuat untuk memberikan panduan atau ilmiah berkenaan dengan Ikan Laga, kerana aku sendiri bukanlah pakar dalam hal ini. Cuma ia dibuat untuk berkongsi pengalaman menjaga ikan ini, dan juga berkongsi cerita tentang ikan-ikan yang sedang dipelihara di rumah aku itu. Harapnya mendapat sokongan jitu dari para peminat khususnya Ikan Laga Halfmoon!